Friday, February 11, 2011

Khalifah Ali Bin Abi Talib (656-661 Masihi)

           Beliau dilahirkan pada 602 Masihi dan berasal dari Bani Hasyim. Berketurunan Quraisy dan sepupu kepada Nabi Muhammad S.A.W. Beliau terkenal dengan sifat keberanian dan kepahlawanannya. Berwatak tegas serta berpengetahuan luas dalam perundangan Islam. Beliau dilantik sebagai khalifah selepas Khalifah Uthman meninggal dunia. Perlantikan Khalifah Ali mendapat sokongan terbanyak.

            Khalifah Ali sentiasa berusaha mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara. Contohnya, dalam perang Siffin, walaupun tenteranya hampir mencapai kemenangan, tetapi oleh sebab ada pihak lawan yang mengangkat Al-Quran, beliau menghentikan peperangan tersebut dan memulakan proses rundingan. Kerana kepakarannya dalam bidang hukum, beliau banyak membantu menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan masyarakat dan undang-undang Islam.

            Walaupun beliau mengutamakan keharmonian dan kedamaian, beliau tidak mengabaikan pertahanan negara. Beliau telah membina markas tentera di Parsi dan di sempadan Syria.

            Bagi membangunkan sistem ekonomi negara, kutipan jizyah diteruskan. Hal ini terkandung dalam suratnya kepada Al-Asytar. Beliau meminta Al-Asytar mengikat perjanjian dengan golongan zimmi untuk mengenakan jizyah kepada mereka.




No comments:

Post a Comment