Tuesday, February 1, 2011

TAMADUN ISLAM PADA ZAMAN KHULAFA AL-RASYIDIN

Kepimpinan dan pentadbiran Khulafa Al-Rasyidin

         Kegemilangan Islam diteruskan oleh kepimpinan Khulafa Al-Rasyidin setelah kewafatan Rasullulah S.A.W. Mereka mentadbir negara dengan penuh tanggungjawab bercirikan ajaran Islam sebenar sebagaimana yang ditunjukkan oleh baginda S.A.W semasa hayat baginda.                                                                                                                
           Perkembangan ilmu pengetahuan mula berjalan lancar yang diusahakan oleh para sahabat dan mendapat sokongan padu dari pemerintahan Khulafa Al-Rasyidin. Perkara ini dapat dilihat hasilnya melalui pemerintahan  kerajaan Umaiyah dan Abbasiyah. Perkembangan ilmu didalam dunia Islam tidak terbatas kepada ilmu-ilmu agama sahaja malah ilmu-ilmu lain turut berkembang seperti matematik, sains, geografi, sejarah dan sebagainya. Pada masa yang sama, dunia barat masih belum wujud perkembangan ilmu yang setanding dengan dunia Islam ketika itu.
            Pentadbiran Khulafa Al-Rasyidin adalah mirip kepada pentadbiran Rasulullah S.A.W kerana mereka meneruskan usaha untuk memantapkan akidah umat, sebagai paksi dalam kehidupan Muslim. Melaksanakan undang-undang dan peraturan hidup sebagaimana digariskan oleh Al-Quran dan Al-Sunnah serta ijmak dan qias. Prinsip yang jelas dalam Islam dilaksanakan sepenuhnya termasuklah keadilan yang menyeluruh kepada setiap umat manusia. Begitu juga hak kebebasan individu, kebebasan bersuara, mendapat layanan baik, hak keselamatan harta, nyawa dan lain-lain kesejahteraan manusia adalah jaminan Khulafa Al-Rasyidin berlandaskan ajaran Islam.
            Pemerintahan yang teratur dan sempurna dipraktikkan dengan mengadakan majlis Syura bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang berlaku samada besar atau kecil.
            Pemerintahan juga mengamalkan sifat muafakat, bekerjasama, berdisiplin dan bersefahaman untuk membentuk masyarakat yang adil, kuat dan bersatu-padu. Perkara ini dapat dilihat daripada sejarah-sejarah Islam sejak khalifah pertama bagi Khulafa Al-Rasyidin, iaitu Khalifah Abu Bakar As-Siddiq, diikuti Khalifah Umar Al-Khattab, dan seterusnya Khalifah Uthman bin Affan dan akhir sekali Khalifah Ali Bin Abi Talib r.a. Namun tidak dapat dinafikan  bahawa terdapat beberapa perselisihan telah berlaku semasa pemerintahan Khalifah Uthman Bin Affan dan Khalifah Ali Bin Abi Talib sehingga terdapat beberapa perpecahan di kalangan umat Islam ketika itu. Perkara ini perlu diberi perhatian, diteliti dan dikaji oleh setiap Muslim, supaya perkara-perkara yang boleh membawa perpecahan dapat ditangani dengan penuh hikmah.

Khulafa Al-Rasyidin juga mentadbir negara dengan menitikberatkan bidang ekonomi, politik, sosial dan keselamatan masyarakat dan kebajikan umat Islam menjadi agenda utama dalam pentadbiran Khulafa Al-Rasyidin.
           
             Asas kepimpinan Islam sebagaimana ditunjukkan oleh Rasullulah S.A.W dan Khulafa Al-Rasyidin ialah :

1)      1)Kepimpinan mereka merupakan pengabdian diri kepada Allah selaku khalifah dengan melaksanakan pemerintahan yang adil, menghapuskan kemungkaran dan memakmurkan muka bumi            

2)Kepimpinan Islam merupakan tanggungjawab yang wajib dilakanakan oleh hamba Allah

  3)Kesejahteraan masyarakat adalah teras kepada kejayaan kepimpinan Islam berasaskan perpaduan, kesejahteraan, bekerja, syura dan sebagainya.  




    






No comments:

Post a Comment