Beliau dilahirkan pada tahun 576 Masihi dan berasal dari Bani Umaiyah. Nama sebenarnya ialah Uthman bin Affan bin Abil As bin Umaiyah. Beliau hartawan yang dermawan. Beliau digelar Zun Nurain (mempunyai dua cahaya) kerana pernah berkahwin dengan dua orang puteri Rasullulah S.A.W selepas salah seorangnya meninggal dunia.
Yang berikut adalah sifat-sifat beliau:
a) Lemah lembut
b) Bertolak ansur
c) Sikap bersimpati yang tinggi terhadap orang yang memerlukan
Pelantikan Khalifah Uthman
· Melalui Majlis Syura
· Enam orang calon yang layak telah dicadangkan termasuklah beliau dan Saidina Ali bin Abi Talib
· Selepas Khalifah Umar meninggal dunia, mesyuarat diadakan. Saidina Ali dan Saidina Uthman telah menerima jumlah undi yang sama.
· Abdul Rahman bin Auf (pengerusi mesyuarat) meninjau pendapat orang ramai tentang pemilihan khalifah yang baru.
Sewaktu pemerintahannya, beliau berjaya meluaskan wilayah Islam hingga ke Afganistan, Cyprus, Samarkand dan Tripoli. Beliau mengukuhkan pertahanan negara dengan menubuhkan angkatan tentera laut Islam yang dianggap sebagai pertama dalam sejarah pemerintahan Khulafa al-Rasyidin.
Setelah agama Islam berkembang dengan luas, wujud kepelbagaian cara bacaan (qiraat) ayat Al-Quran di pelbagai wilayah. Beliau mengistiharkan sebuah naskah Al-Quran yang dikenali sebagai Mushaf Uthmani bagi menyelaraskan bacaan tersebut.
Khalifah Uthman juga telah membina jalan raya, jambatan dan rumah rehat bagi kemudahan para pengembara. Usaha meningkatkan ekonomi diteruskan dengan mengukuhkan peranan baitulmal dengan menggunakannya untuk membiayai pembanggunan negara dan memperkukuh angkatan tentera laut Islam seperti membeli peralatan senjata dan kapal. Jizyah yang dikenakan kepada penduduk bukan Islam telah dikekalkan dan merupakan antara sumber pendapatan baitulmal.
No comments:
Post a Comment